Thursday, 8 October 2015

10 SEBAB ANDA PERLUKAN BEE POLLEN (*BEEBREAD ADALAH LEBIH BAIK) DALAM DIET SEHARIAN ANDA



1. Sebagai penambah tenaga - Kumpulan nutrisi yang terkandung dalam polen lebah menjadikan ianya suatu penambah tenaga semulajadi yang amat hebat. Karbohidrat,, protin dan vitamin B membantu anda melakukan aktiviti seharian dengan menambahkan stamina serta mengurangkan keletihan

2. Untuk Kulit yang cantik - Polen lebah kebiasaannya di gunakan dalam produk - produk kegunaan luaran untuk mengubati keadaan radang pada kulit dan iritasi biasa seperti psoriasis dan ekzema. Asid amino dan vitamin - vitamin yang terkandung di dalamnya membantu dalam penghasilan sel - sel kulit yang baru.


3. Untuk sistem pernafasan - polen lebah yang tinggi kandungan antioksidan juga bertindak sebagai anti-radang (anti-inflammatory) ke atas tisu paru - paru dan tisu dalam sistem pernafasan lainnya bagi mengelakkan berlakunya simptom asma. 

4. Sebagai pengubat alergi – Pollen lebah mengurangkan kehadiran histamin, yang menjadi penyebab berlakunya alergi. Dr. Leo Conway, M.D of Denver Colorado,melaporkan bahawa 94% pesakitnya sembuh sepenuhnya daripada simptom alergi selepas diberi makan polen lebah. Menurutnya, segala alergi berkaitan sistem pernafasan daripada asma, alergi biasa hinggakan alergi berkaitan sinus dapat dihapuskan menjadikan polen lebah sebagai ubat yang amat berkesan untuk sistem pernafasan. 






5. Membantu sistem Pencernaan - Selain protin, witamin dan garam mineral yang terkandung dalam polen lebah, enzim yang terkandung didalamnya amat membantu dalam penghadaman anda.  Enzim ini  membantu badan anda mendapatkan/menyerap zat - zat daripada makanan dengan lebih efektif. 

TUNGGU POST YANG SETERUSNYA UNTUK 5 SEBAB LAGI KENAPA POLEN LEBAH BAIK UNTUK TUBUH KITA!
=)



No comments:

Post a Comment