Monday, 12 January 2015

Tentang Kelulut

Apa itu kelulut dan madunya?

Kelulut merupakan serangga ciptaan Allah swt yang sangat menarik.
Sejenis lebah yang tidak mempunyai sengat, jinak dan tidak merbahaya untuk didekati.
Lebah kelulut bekerja dan menghasilkan madu, propolis dan 'beebread' sama seperti lebah apis. Malah madu lebah kelulut dikatakan lebih baik dari segi kandungan nutrisinya berbanding madu lebah apis.
Sarang kelulut pada tunggul kayu.

Saiz serangga ini yang lebih kecil membolehkannya meneroka dan mengumpulkan madu dari bahagian bunga yang lebih dalam berbanding lebah apis serta mengumpulkan madu daripada bunga-bungaan yang lebih kecil. Perkara ini menjadikan lebah kelulut sebagai agen pendebungaan yang sangat hebat berbanding serangga yang lain.

Kegemaran kelulut: Bunga Balung Ayam

Kegemaran kelulut: bunga Akar Dani

Kegemaran kelulut: Bunga Markisa.

 Sementelahan lagi serangga in sememangnya menjadikan debunga sebagai makanannya dan disimpan didalam kantung propolis. Sekumpulan debunga yang dikumpulkan oleh kelulut atau 'beebread' ini dan juga propolis kelulut dikatakan kaya dengan bahan aktioksidan termasuk flavonoids serta berupaya mengubati pelbagai jenis penyakit termasuk merencatkan perebakan sel-sel kanser.
Propolis (hitam) dan 'beebread' (kuning) daripada sarang kelulut jenis h.Itama.

Madu muda yang dihasilkan kelulut mempunyai warna, rasa dan bau yang pelbagai.
Manis, masam, pahit serta bau yang berbeza bergantung kepada jenis nektar yang dikumpulkan oleh kelulut samada daripada madu bunga, jus buah atau nektar yang dihasilkan oleh pucuk muda sesetengah jenis tumbuhan seperti Akasia.
Lama-kelamaan rasa madu kelulut menjadi kemasaman dan warnanya juga berubah menjadi lebih gelap akibat proses fermentasi oleh yis yang secara semulajadinya terkandung didalam madu.
Madu yang ingin dikomersialkan perlu dinyahair sehingga kandungan lembapan dalam madu tersebut kurang daripada 20% bagi mengurangkan kadar fermentasi tersebut. Ini menbolehkan madu dibotolkan dan disimpan dengan lebih lama.





1 comment: