Thursday, 22 January 2015

Roti Lebah: Kelulut pun makan roti juga....

Roti lebah, debunga lebah atau dalam bahasa london nya 'bee pollen' atau 'bee bread', perkataan yang berlainan tetapi merujuk kepada jasad yang sama.

Roti lebah merupakan sekumpulan debunga yang dikutip oleh lebah - lebah pekerja dan dibawa pulang ke sarang dengan tujuan untuk memberi makan kepada lebah - lebah yang masih muda supaya  membesar sempurna, sihat dan kuat.

Bee pollen (berwarna kuning dan coklat) dalam kantung propolis


Bahan yang berwarna kuning ini dikatakan salah satu makanan tambahan yang mempunya zat yang paling lengkap untuk tubuh badan kita manusia. Bahan ini kaya dengan zat dan nutrisi antaranya protein, vitamin termasuk B kompleks, asid amino bebas dan asid folik.

Lebah yang rajin perlu memungut 2.5 billion butiran debunga bagi menghasilkan sesudu roti lebah untuk kita gunakan sebagai makanan tambahan bagi mengekalkan keseimbangan nutrisi dalam tubuh.

Satu anugerah alam yang sangat tinggi nilainya...
Terima kasih Allah swt.




Monday, 12 January 2015

Tentang Kelulut

Apa itu kelulut dan madunya?

Kelulut merupakan serangga ciptaan Allah swt yang sangat menarik.
Sejenis lebah yang tidak mempunyai sengat, jinak dan tidak merbahaya untuk didekati.
Lebah kelulut bekerja dan menghasilkan madu, propolis dan 'beebread' sama seperti lebah apis. Malah madu lebah kelulut dikatakan lebih baik dari segi kandungan nutrisinya berbanding madu lebah apis.
Sarang kelulut pada tunggul kayu.

Saiz serangga ini yang lebih kecil membolehkannya meneroka dan mengumpulkan madu dari bahagian bunga yang lebih dalam berbanding lebah apis serta mengumpulkan madu daripada bunga-bungaan yang lebih kecil. Perkara ini menjadikan lebah kelulut sebagai agen pendebungaan yang sangat hebat berbanding serangga yang lain.

Kegemaran kelulut: Bunga Balung Ayam

Kegemaran kelulut: bunga Akar Dani

Kegemaran kelulut: Bunga Markisa.

 Sementelahan lagi serangga in sememangnya menjadikan debunga sebagai makanannya dan disimpan didalam kantung propolis. Sekumpulan debunga yang dikumpulkan oleh kelulut atau 'beebread' ini dan juga propolis kelulut dikatakan kaya dengan bahan aktioksidan termasuk flavonoids serta berupaya mengubati pelbagai jenis penyakit termasuk merencatkan perebakan sel-sel kanser.
Propolis (hitam) dan 'beebread' (kuning) daripada sarang kelulut jenis h.Itama.

Madu muda yang dihasilkan kelulut mempunyai warna, rasa dan bau yang pelbagai.
Manis, masam, pahit serta bau yang berbeza bergantung kepada jenis nektar yang dikumpulkan oleh kelulut samada daripada madu bunga, jus buah atau nektar yang dihasilkan oleh pucuk muda sesetengah jenis tumbuhan seperti Akasia.
Lama-kelamaan rasa madu kelulut menjadi kemasaman dan warnanya juga berubah menjadi lebih gelap akibat proses fermentasi oleh yis yang secara semulajadinya terkandung didalam madu.
Madu yang ingin dikomersialkan perlu dinyahair sehingga kandungan lembapan dalam madu tersebut kurang daripada 20% bagi mengurangkan kadar fermentasi tersebut. Ini menbolehkan madu dibotolkan dan disimpan dengan lebih lama.

Sunday, 11 January 2015

Si hitam manis itama dan encik thora selamat ke Penaga.

Tahniah lagi sekali untuk geng lori Abg Own. You all are the best!
 Dengan machonya mengangkat encik2 thorasica yg sangat besar tu.. sampai ada yg kena guna 'back hoe'
Salute to all of u. :-)


Usaha yg berjaya membawa pulang 2 log h.itama dan 3 log g.thorasica ke Penaga berjalan dengan lancar.

Kenapa bukan ke JALAN KEBUN?

Atas faktor kesesakan di tapak asal, Penaga kami jadikan sebagai tapak 'secondary' juga sebagai transit sementara usaha mendapatkan tapak yang lebih luas,selesa dan strategik sedang giat dijalankan. 

Corong thorasica.

Corong itama.

Semua kelihatan bergembira di tempat baru yang penuh dengan bunga2an hasil tangan hijau Puan Salmah. 
Walaupun khabarnya ada satu corong thorasica yang patah, dalam masa satu hari encik thora yang rajin itu telah siap membaikinya.. yezza.. 

Rajin-rajin ye bekerja di bawah pemantauan Haji Rahim, ayahku si tangan penternak yang ajaib.

Thursday, 8 January 2015

Cinta Pertama di bawa pulang.


Alhamdulillahi robbil a'alamin..

Setelah lebih setahun mendalami ilmu kelulut di internet dan di ladang-ladang, setahun bermimpi, setahun mencipta angan-angan, dan setahun dilamun cinta...
Akhirnya cinta pertama kami berjaya dibawa pulang.
Datangnya dari Sik, Kedah menaiki bas ke KL dan seterusnya dibawa pacuan empat roda ke Jalan Kebun.

Memperkenalkan hive pertama kami...


Buruk di rupa tapi cantik di hati..
Sekarang dah dipakaikan bumbung yang lebih elok.
H.itama yang pertama.

Semoga berkhidmat dengan cemerlang.

Dan Oktober 2014 - secara rasmi bermulanya projek penternakan kelulut di Jalan Kebun.

Semoga ianya bermanfaat untuk makhluk Allah di sekitarnya.


2nd delivery kelulut ke Jalan Kebun

Assalamualaikum..

Ini part yang penuh dengan keazaman dan kesungguhan yang tinggi, yang berjaya dilakukan oleh encik suami.
Membawa 8 log yg baru siap di topping di belakang kuda putih tercinta dari Sik, Kedah ke Jalan Kebun, Selangor.


Kami bertolak dari sik lebih kurang jam 8malam, singgah ke Penaga juga atas urusan 'pengkelulutan'.. :-)
Bertolak dari Penaga pada tengah malam bersama 3 kiddos yg masih aktif dan sampai ke Jalan Kebun pada sebelum subuh di saat semua dah terkulai diulit mimpi.


Lebih kurang 5.30am, dengan tenaga empat kerat, encik suami mengangkat menurunkan semua log berserta topping dari belakang 4by4 kami.. dalam kegelapan dan kesejukan pagi.. ya,  seorang diri.



Minta maaf bukan saya taknak membantu, tapi si kecik insyirah meragam minta ditidurkan semula.

Dan disitu terpancar kesungguhan dan keazaman seorang pencinta, kelulut dan madunya..
Kami benar -benar dilamun cinta..


Wednesday, 7 January 2015

3rd. delivery success... alhamdulillah..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt...
Penghantaran sarang kelulut ke Jalan Kebun berjalan lancar dan selesai jam 1030 pagi td walaupun sedikit lari dari perancangan masa yang sepatutnya.
Terima kasih, naim dan en.al amin  yang memantau perjalanan operasi dari Yan ke Jalan Kebun serta abang Own dan team lorinya yang bersengkang mata sepanjang malam demi memastikan keselamatan kelulut diperjalanan.



Harap-harap semua kelulut dapat menyesuaikan diri di tempat baru dan berbahagia di sini..
Selamat datang dan selamat menghasilkan madu, pollen dan propolis dengan jayanya..

Harini blog ini di bina bagi mencatat aktiviti 'perkelulutan' di sini..